Logo Design by PUTRI

✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Selasa, 7 Ogos 2012

Contoh Surat Akuan Bujang

Surat akuan bujang yang saya bagi contoh ni untuk di tandatangan dan di copkan oleh penghulu kampung anda sendiri. selamat berkahwin..!!!


Tarikh           :-
Bersamaan   :-



Kepada,

Sesiapa yang berkenaan.

Tuan,

PENGESAHAN AKUAN BUJANG

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan ini dimaklumkan bahawa penama …………………………………………………….......
……………………………. bernombor kad pengenalan : ………..……………………...
danberalamatdi…………………………………………………………………………………………..
…………………………………………. adalah disahkan bujang dan belum pernah berkahwin.


Surat akuan bujang ini hanya boleh di terima pakai sehingga selesai permohonan perkahwinan beliau.


Diharapkan berada dalam perhatian pihak tuan.


“MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



Yang Benar,



……………………………
(                                                        )

Ahad, 5 Ogos 2012

Free Header

Ini header untuk hari ni sebab dah lama tak post kan. kalau berminat
nak ambil header kat bawah ni cuma klik aje supaya jadi besar
dan tekan kanan mouse dan SAVE IMAGE AS DAN KLIK SINI






Jumaat, 13 April 2012

Identiti Sebenar Isteri Kedua Sham Kamikaze Terbongkar


Ehh bia betul ni macam tak percaya je. siapa nama isteri kedua Sham tu? Klik Klik!! Sham Kamikaze kahwin dua dan mendua kan isteri dia yang cantik mulus tu. kenal isteri dia yang sebenar? ni dia 


kalau betul la sham tu dah beristeri dua dan mahu merahsiakan perkahwinannya.. saya ucapkan tahniah  kepada Rotikaya kerana menjadi hero utk isteri pertamanya. saya rasa soal perkahwinan ni adalah urusan peribadi dan tak perlu didedahkan kepada umum. andai kata pendedahan ini membawa kepada keruntuhan rumahtangga sham bagaimana?

kata ROTIKAYA - Menurut sumber kami, identiti isteri kedua Sham Kamikaze telah lama di’kenalpasti & wanita itu bernama Nurul Halimin Md Salleh yang berusia 32 tahun — mereka sah bernikah 16 Januari yang lalu.
Nurul Halimin atau lebih mesra di’panggil Min ini merupakan kakak kepada penyanyi Maulana dari Akademi Fantasia 8 (AF8) & wanita yang di’dakwa janda anak satu ini merupakan seorang yang aktif di’Twitter. Twitter

Dan Sham menafi sekeras-keras nya dilaman Facebook nya di Shamkamikaze. tak serik-serik ROTIKAYA ni kan. Sham Kamikaze ni aku yakin baik orang nya dan dia pernah datang kat sekolah lama aku tahun lepas untuk kasi ceramah kat budak-budak. tak mungkin dia buat macam tu kat isteri dia.


Isnin, 9 April 2012

Freebies : Macam-Macam Free Header Ada

Aaron Aziz bintang popular 2011 sudah di jangka kan. ehh. lari topic. ni header free untuk semua blogger yang tak ada header lagi atau yang nak tukar header tu. 

Opsss. nak tanya siapa yang kreatif? boleh lar join contest ni Reka Corak dan menang hadiah yang mantop habis iaitu USD$3000 (RM9187). WOW..! nak tahu lebih lanjut contest ni boleh ke Link Ini
berbalik pada header tu. klik gambar untuk besar kan header tu. dan klik kanan and save image us












Rabu, 4 April 2012

Apex Berjaya Pikat Siti Nurhaliza

Apex Berjaya Pikat Siti Nurhaliza

wah. hebat kau apex. memang hebat lar kau. macam retis dah apex sekarang ni. siapa yang tak kenal apex ni sila angkat kaki. ketinggalan zaman lah kau. 


Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui terpikat dengan sikap penjaga gol Negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selepas pertama kali berjumpa dan bekerjasama untuk produk haruman terbaru SimplySiti.

Malah, Siti Nurhaliza berkata Apex merupakan pilihan yang tepat untuk wangian jenis Pure kerana karisma dan auranya sebagai seorang ahli sukan.
"Sejak awal-awal lagi saya memang sudah target mahukan Apex untuk menjadi salah seorang model iklan haruman terbaru saya.
"Pada mulanya agak sukar untuk mendapatkannya kerana dia seorang ahli ukan yang sangat sibuk. Namun saya gembira kerana akhirnya impian saya berjaya.

"Bagi saya Apex memenuhi ciri-ciri yang sesuai untuk wangian Pure kerana saya mencari lelaki yang aktif dan segar bagi meyakinkan pengguna wanita untuk membeli.
"Saya seronok dapat berkerjasaman dengan Apex. Pertama kali berjumpa dengannya dia seorang yang sangat sempoi, sangat kelakar dan comel.
"Namun, selepas bekerja dengannya saya dapati dia meletak komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawabnya," katanya


Selain Apex, Siti Nurhaliza turut mengundang dua tokoh lain untuk dijadikan model bagi dua harumannya yang lain iaitu SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda untuk haruman Memoir dan Pengarah Ibex Group, Adam Yahya sebagai ikon pengurusan korporat untuk haruman Precious 

haruman tersebut diilhamkan istimewa buat kaum wanita, namun cara pemasarannya kini berbeza kerana menggunakan model lelaki untuk memikat kaum berkenaan. pandai kau siti tarik pembeli
Kita lihat sahaja nanti bagaimana penerimaannya selepas produk ini dilancarkan tidak lama lagi
kompem lar ramai yang beli. kalau bukan kerana apex pun kerana siti kan.


Jumaat, 30 Mac 2012

Siapakah Budak 3 Line Dan Selendang Merah

Siapa tahu kumpulan apa BUDAK 3 LINE dengan Selendang Merah ni? pertubuhan ini dikatakan pertubuhan melayu. yang ingin menjaga negara ini dari di kuasai oleh bangsa lain. aku ada try search kat google dan aku ada jumpa macam ni. 

Selendang merah kebanyakkannya lebih dikenali oleh golongan tua masa kini berikutan dengan pergerakkan pasukan atau pun Tentera Selendang Merah ini amat aktif dan terkenal ketika Tanah Melayu dikuasai komunis. Pengasas dan pemimpin yang dihormati Selendang Merah adalah Kiyai Panglima Salleh di mana Pergerakan Selendang Merah mula berputik di selatan tanah air, Batu Pahat ketika rakyat Tanah Melayu bersatu menentang komunis.

Selendang Merah dengan budak 3 line ni memang berbeza kah? hanya sekadar nak tahu.
ada sesiapa yang tahu apa beza dua kumpulan ni? ada jugak yang aku jumpa Budak 2 Line ni dibawah PEKIDA dan mereka ni yang nak masuk pekida tapi tak boleh. terus terbentuk kumpulan ni.
Budak 3 Line ni jugak ramai golongan muda. kumpulan tu merupakan 'KABEL' mereka. siapa yang berani sentuh geng mereka akan berhadapan dengan semua ahli. jadi hati-hati. 

Cara nak kenal siapa ahli kumpulan ni dengan cara bersalam atau objek yang ada depan rumah atau cara minum dan sebagai nya lah. aku pun kurang arif. 
Ada jugak yang mengata kan BUDAK 3 LINE ni samseng. dengar nya polis pun ada masuk 3 LINE ni

setau aku lar kan dia org berasakan pada Alif Ba Ta Sa(tha)...A - Amanah, B - Bangsa T - Tanahair S -??aku x ingat apa benda nya. sepakat kalau x silap. Yg betul2 ikut kumpulan ni mmg betul2 mengikut ajaran islam, yakni rukun islam dan rukun iman. skarang ni budak yg isap gam pun ada gak join. jadi matlamat dia org masuk dah salah

kenapa pekida x duduk bawah satu nama saja?? kenapa ada 30,36,77 dan laen2 lagi?? pastu group 77 tak ok dgn group 36. group 30 xok dengan group 7. asal jadi mcm tu? tolong jelas kan bagi yang tahu dan arif yang 3 LINE ni memang bawah PEKIDA jugak .  

Apapun... jgn salahkan persatuan kalau ahli nya buat jahat. 
Persatuan tu mungkin betul arah tujuannya tapi kalau ahli terpesong.. itu yg buat malu .. ibarat rosak susu sebelanga disebabkan nila

mana satu persatuan yang OK? Klik Sini



Rabu, 28 Mac 2012

(GAMBAR) Abby Abadi Cantik Bertudung

Abby Abadi telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini. Untuk makluman, Abby telah menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Abby di Facebook Abby Abadi menerusi gambar di bawah. 


Abby memaklumkan yang dia bernekad untuk membuat keputusan ini di hadapan Kaabah:-
Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.


semoga cepat-cepat menemui jodoh kembali . cantik nye. manis.
P/S: KHAS UNTUK LEPASAN SPM >>DAFTAR SEGERA DI SINI



Sabtu, 24 Mac 2012

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

 

Ada yang lepasan SPM tu nak jadi cikgu tak? tapi ni jadi cikgu murid sekolah rendah saja. sebab
permohonan ni Institut Pendidikan Guru (IPG). khas untuk sekolah rendah saja
kalau ada yang berminat nak jadi cikgu tu boleh Tengok Ni  dulu untuk panduan kalau berubah hati nanti

Oke? lepas tu pergi ke laman ni  Aplikasi KPLSPM 2012
boleh tengok iklan tu dulu kat situ. baca syarat kelayakan tu. dah siap baca dah syarat nya?

cukup syarat ke? nak isi borang? boleh je. cuba tengok kat sidebar atau belah kiri korang tu
ada tulis PERMOHONAN kan. klik pada - PERMOHONAN [BARU] tu ye. pastikan dah beli num pin di BSN sebab nak mohon pakai num pin BSN 

bila kau dah baca syarat tu ada dia tulis macam ni kat bawah sekali
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan

aku nasihat kan tak payah pergi lah sebab buat pening kau je. nanti nak isi borang tu balik kat laman web yang tadi balik. baik terus kan je yang atas tadi tu tak payah pergi ke laman http://www.moe.gov.my tuu. tapi kalau nak pergi tengok pun boleh. tak salah aiiihhhhhh..

harap faham lah apa yang aku cakap ayat macam keling tu. kalau ada sesiapa lepasan SPM yang betul-betul  memerlukan biasiswa tu boleh mintak di laman ni   segi

yang lepasan SPM tu boleh lar share RESULT korang kat bawah ni. nak tau jugak. eyhh. kawan aku si Elfira Loy tu dapat berapa entah. ada sapa-sapa tau tak?



Rabu, 21 Mac 2012

Freebies : Vintage Background

FREE background . Alah . Kali ni , vintage background . Siapa yang berminat nak letak background ini dekat blog , boleh copy je URL dia . kalau nak lagi boleh Klik Sini.

                                       



Cara letak dalam blog .
Dashboard > Design > Add A Gadget > Html/JavaScript
Copy kod dan paste kod ini :
<style>
body {
background-image: url('URL BACKGROUND');
background-attachment: fixed;
background-repeat: repeat;
}
</style>
**Macam mana nak copy URL background ni ?


Bagi pengguna Mozilla Firefox
Right-click pada background yang korang suka . Click pada "Copy Image Location"


Bagi pengguna Google Chrome
Right-click pada background yang korang suka . Click pada "Copy Image URL"

kalau dah ada background before ni , DELETE dulu background sebelum tu . Ok ?