✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Sabtu, 12 November 2011

Ibu Terkejut Melihat Anak Dalam Kandungan Tunjuk Isyarat ‘Good’




Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnyadiimbas di sebuah hospital di Kent, Britain.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.


Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.
Donna dari Whitstable berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut.

4 ulasan:

Run Away berkata...

...salam kenal...dari segmen lulu...;d

cerita best berkata...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk tau

PUTERI LAGU berkata...

@Run Away

salam kenal jugak.. dah singgah dah blog awk..

PUTERI LAGU berkata...

@cerita best
ok pakjoe.. no hal lah.. puteri mmg suke jaln2 blog org ni..