✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Jumaat, 18 November 2011

Remy Ishak & Faradhiya Sah dah KAHWIN??? Dah Sah Bergelar SUAMI ISTERI




Bukan ke Remy Ishak tengah kemaruk bercinta dengan aktres popular, Tiz Zaqyah? Kenapa 
pula tiba-tiba terkeluar cerita pasal pernikahan Remy Ishak & Faradhiya pula? Tak nak lar macam ni.. Mesti peminat2 Remy dan Tiz marah besar..

Aha, ini sekadar gimik untuk sebuah telefilem terbitan Outloud Studios berjudul ‘Payung Emas’ yang akan ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3 pada 19 November (Sabtu) jam 10 malam. Ia diarahkan oleh Jamal Khan, skrip oleh Pak Ndak dan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal tempatan seperti Remy Ishak, Farahdhiya, Hanez Suraya, Ozlynn Waty dan Rosnah Johari. Payung Emas merupakan sebuah telefilem genre drama berat keagamaan yang menyentuh isu pergolakan rumah tangga dan pengorbanan seorang isteri.

Telefilem ini mengisahkan Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.

Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.


Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat. Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?

Tiada ulasan: