✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Jumaat, 30 Mac 2012

Siapakah Budak 3 Line Dan Selendang Merah

Siapa tahu kumpulan apa BUDAK 3 LINE dengan Selendang Merah ni? pertubuhan ini dikatakan pertubuhan melayu. yang ingin menjaga negara ini dari di kuasai oleh bangsa lain. aku ada try search kat google dan aku ada jumpa macam ni. 

Selendang merah kebanyakkannya lebih dikenali oleh golongan tua masa kini berikutan dengan pergerakkan pasukan atau pun Tentera Selendang Merah ini amat aktif dan terkenal ketika Tanah Melayu dikuasai komunis. Pengasas dan pemimpin yang dihormati Selendang Merah adalah Kiyai Panglima Salleh di mana Pergerakan Selendang Merah mula berputik di selatan tanah air, Batu Pahat ketika rakyat Tanah Melayu bersatu menentang komunis.

Selendang Merah dengan budak 3 line ni memang berbeza kah? hanya sekadar nak tahu.
ada sesiapa yang tahu apa beza dua kumpulan ni? ada jugak yang aku jumpa Budak 2 Line ni dibawah PEKIDA dan mereka ni yang nak masuk pekida tapi tak boleh. terus terbentuk kumpulan ni.
Budak 3 Line ni jugak ramai golongan muda. kumpulan tu merupakan 'KABEL' mereka. siapa yang berani sentuh geng mereka akan berhadapan dengan semua ahli. jadi hati-hati. 

Cara nak kenal siapa ahli kumpulan ni dengan cara bersalam atau objek yang ada depan rumah atau cara minum dan sebagai nya lah. aku pun kurang arif. 
Ada jugak yang mengata kan BUDAK 3 LINE ni samseng. dengar nya polis pun ada masuk 3 LINE ni

setau aku lar kan dia org berasakan pada Alif Ba Ta Sa(tha)...A - Amanah, B - Bangsa T - Tanahair S -??aku x ingat apa benda nya. sepakat kalau x silap. Yg betul2 ikut kumpulan ni mmg betul2 mengikut ajaran islam, yakni rukun islam dan rukun iman. skarang ni budak yg isap gam pun ada gak join. jadi matlamat dia org masuk dah salah

kenapa pekida x duduk bawah satu nama saja?? kenapa ada 30,36,77 dan laen2 lagi?? pastu group 77 tak ok dgn group 36. group 30 xok dengan group 7. asal jadi mcm tu? tolong jelas kan bagi yang tahu dan arif yang 3 LINE ni memang bawah PEKIDA jugak .  

Apapun... jgn salahkan persatuan kalau ahli nya buat jahat. 
Persatuan tu mungkin betul arah tujuannya tapi kalau ahli terpesong.. itu yg buat malu .. ibarat rosak susu sebelanga disebabkan nila

mana satu persatuan yang OK? Klik Sini



Rabu, 28 Mac 2012

(GAMBAR) Abby Abadi Cantik Bertudung

Abby Abadi telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya selepas pulang menunaikan umrah baru-baru ini. Untuk makluman, Abby telah menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Abby di Facebook Abby Abadi menerusi gambar di bawah. 


Abby memaklumkan yang dia bernekad untuk membuat keputusan ini di hadapan Kaabah:-
Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini. Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki.


semoga cepat-cepat menemui jodoh kembali . cantik nye. manis.
P/S: KHAS UNTUK LEPASAN SPM >>DAFTAR SEGERA DI SINI



Sabtu, 24 Mac 2012

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

 

Ada yang lepasan SPM tu nak jadi cikgu tak? tapi ni jadi cikgu murid sekolah rendah saja. sebab
permohonan ni Institut Pendidikan Guru (IPG). khas untuk sekolah rendah saja
kalau ada yang berminat nak jadi cikgu tu boleh Tengok Ni  dulu untuk panduan kalau berubah hati nanti

Oke? lepas tu pergi ke laman ni  Aplikasi KPLSPM 2012
boleh tengok iklan tu dulu kat situ. baca syarat kelayakan tu. dah siap baca dah syarat nya?

cukup syarat ke? nak isi borang? boleh je. cuba tengok kat sidebar atau belah kiri korang tu
ada tulis PERMOHONAN kan. klik pada - PERMOHONAN [BARU] tu ye. pastikan dah beli num pin di BSN sebab nak mohon pakai num pin BSN 

bila kau dah baca syarat tu ada dia tulis macam ni kat bawah sekali
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan

aku nasihat kan tak payah pergi lah sebab buat pening kau je. nanti nak isi borang tu balik kat laman web yang tadi balik. baik terus kan je yang atas tadi tu tak payah pergi ke laman http://www.moe.gov.my tuu. tapi kalau nak pergi tengok pun boleh. tak salah aiiihhhhhh..

harap faham lah apa yang aku cakap ayat macam keling tu. kalau ada sesiapa lepasan SPM yang betul-betul  memerlukan biasiswa tu boleh mintak di laman ni   segi

yang lepasan SPM tu boleh lar share RESULT korang kat bawah ni. nak tau jugak. eyhh. kawan aku si Elfira Loy tu dapat berapa entah. ada sapa-sapa tau tak?



Rabu, 21 Mac 2012

Freebies : Vintage Background

FREE background . Alah . Kali ni , vintage background . Siapa yang berminat nak letak background ini dekat blog , boleh copy je URL dia . kalau nak lagi boleh Klik Sini.

                                       



Cara letak dalam blog .
Dashboard > Design > Add A Gadget > Html/JavaScript
Copy kod dan paste kod ini :
<style>
body {
background-image: url('URL BACKGROUND');
background-attachment: fixed;
background-repeat: repeat;
}
</style>
**Macam mana nak copy URL background ni ?


Bagi pengguna Mozilla Firefox
Right-click pada background yang korang suka . Click pada "Copy Image Location"


Bagi pengguna Google Chrome
Right-click pada background yang korang suka . Click pada "Copy Image URL"

kalau dah ada background before ni , DELETE dulu background sebelum tu . Ok ?


Ahad, 18 Mac 2012

“ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY”

 

hadiah menarik gila wooo. yang aku nak sangat satu handbag dan satu wallet. nak join klik banner
mesti semua GA ade syarat kan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
 Mesti ade blog sendiri (blog khas tuk contest/GA/biz xboleh) dan juga akaun facebook.
  Korang kene jadi follower: - - Arwendanish blogspot (blog tuan tanah)
- My Luvly Kids&Baby Collection blogspot
- Ten Little Fingers (TLF) blogspot
  Like / add facebook
- Pesona Puteri Collections - Miemiey Collections Owner - Bundle Addict - Syafa Shamioon - Qaseh Zueieda
  Buatkan satu entri bertajuk “ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY”, letakkan banner di atas dalam entri dan link kan ke entry ni (copy paste jek n3 ni kt blog anda). Letakkan juga banner tersebut di sidebar blog anda dan link kan ke entry ni.
  Terpulang pada anda nak tag atau tidak.
  Pas dah buat n3 tersebut komen kt n3 sini besertakan link anda tadi.
  Antara 5-10 pemenang akan diumumkan secara random. Ikut sape yg bertuah dpt hadiah2 tu ye.
  Hadiah akan bertambah dari pihak sponsor jika mendapat sambutan yang mengalakan
  Giveaway ini berlangsung 6/3/12 - 5/4/12 jam 11.59pm
  Pemenang akan diumumkan pada 6/4/12 sempena besday aku ahaks.
  Anda diminta ikut syarat2 yg diberikan..kalo tidak..penyertaaan anda tidak layak.

ambik tah. banyak syarat tu. yang cukup syarat je boleh masuk. num1 yang penting. banyak betul blogger yang bina blog untuk GA je. 

P/S: bufday kita same tarikh lah. kita geng. umur dah berape?