✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Selasa, 27 Disember 2011

Tapak Kaki dan Tangan Orang Minyak Ditemui

Dah bace entry putri pasal orang minyak kat bawah?? 
Menurut ketua operasi JMB, Mahazar Ahmad, orang minyak dipercayai bergraktif di antara jam 2.30 dan 5.30 pagi sejak selasa lalu. Klik untuk lihat orang minyak KLIK SINI

"Bila kami terdengar sahaja anjing menyalak, kami bergegas ke pokok pisang sebab kami diberitahu untuk mendapatkan kekuatan orang minyak meminum air jantung pisang dan kelemahan dia batang keladi," kata anak kelahiran Perak, 44 tahun itu.

klik sini  untuk lihat siapa yang bagi keterangan 

"Menurut abang ipar mangsa, memang badan dan tangan dia berminyak. Mangsa disentuh akan berasa khayal, itu maklumat saya dapat setakat ini," jelas anak kelahiran Kampung Kuala Pari Hilir, Ipoh, Perak, berusia 44 tahun itu.


"Hari selasa lalu adik kawan saya ternampak kelibat lembaga hitam muncul di belakang rumah di Jalan 1, hari rabu dia nampak lembaga itu bak melekat di cermin, mengintai ke dalam rumah. Cara dia macam Spiderman. Hari khamis orang minyak itu masuk ke dapur, muncul di atas sinki dan mnyorok di bawah meja makan. Tinggi dia lebih kurang tinggi saya dan badan dilumur dengan minyak, berkilat. Modus operandi, dia merayau selepas waktu Isyak. Dia dipercayai berminat dengan mangsa, gadis berusia 18 tahun, jadi dia tidak mencari mangsa lain," kata Haslam.

kesan tapak kaki dirakamkan penduduk.

kesan tangan dia semasa memanjat zink sebelum memboloskan diri


"Apakah petanda kalau orang minyak itu keluar?," soal Suhaimi.
"Kalau terbau minyak zaitun, kuat, dia memang sudah ada di sekitar," jawabnya.


Tiada ulasan: