✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Rabu, 4 April 2012

Apex Berjaya Pikat Siti Nurhaliza

Apex Berjaya Pikat Siti Nurhaliza

wah. hebat kau apex. memang hebat lar kau. macam retis dah apex sekarang ni. siapa yang tak kenal apex ni sila angkat kaki. ketinggalan zaman lah kau. 


Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui terpikat dengan sikap penjaga gol Negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selepas pertama kali berjumpa dan bekerjasama untuk produk haruman terbaru SimplySiti.

Malah, Siti Nurhaliza berkata Apex merupakan pilihan yang tepat untuk wangian jenis Pure kerana karisma dan auranya sebagai seorang ahli sukan.
"Sejak awal-awal lagi saya memang sudah target mahukan Apex untuk menjadi salah seorang model iklan haruman terbaru saya.
"Pada mulanya agak sukar untuk mendapatkannya kerana dia seorang ahli ukan yang sangat sibuk. Namun saya gembira kerana akhirnya impian saya berjaya.

"Bagi saya Apex memenuhi ciri-ciri yang sesuai untuk wangian Pure kerana saya mencari lelaki yang aktif dan segar bagi meyakinkan pengguna wanita untuk membeli.
"Saya seronok dapat berkerjasaman dengan Apex. Pertama kali berjumpa dengannya dia seorang yang sangat sempoi, sangat kelakar dan comel.
"Namun, selepas bekerja dengannya saya dapati dia meletak komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawabnya," katanya


Selain Apex, Siti Nurhaliza turut mengundang dua tokoh lain untuk dijadikan model bagi dua harumannya yang lain iaitu SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda untuk haruman Memoir dan Pengarah Ibex Group, Adam Yahya sebagai ikon pengurusan korporat untuk haruman Precious 

haruman tersebut diilhamkan istimewa buat kaum wanita, namun cara pemasarannya kini berbeza kerana menggunakan model lelaki untuk memikat kaum berkenaan. pandai kau siti tarik pembeli
Kita lihat sahaja nanti bagaimana penerimaannya selepas produk ini dilancarkan tidak lama lagi
kompem lar ramai yang beli. kalau bukan kerana apex pun kerana siti kan.


1 ulasan:

Mr. Sepet berkata...

rezeki apex ..