✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Selasa, 28 Februari 2012

Kalau lah Doremon tu Wujud

PERHATIAN!! 
entry ni panjang. jadi sila Klik sini

Kalau la doremon tu wujud, 1st thing, aku nk die tolong siapkan homework aku. Segala keje-keje mathematic ke, english ke, sumer aku nk die buatkan. Keje aku just balas comment orang kat fecbuk je.


Tapi, kalau la doremon ni wujud, aku taknak la die ada banyak2. Kalau boleh,biar sekor je! Biar dalam dunia ni, aku sorang je yg ada. Baru boleh nganjing kat memember. Kalau ada banyak2, nanti orang da tak heran kalau jalan-jalan je jumpa doremon. Tak best! 


Kalau ada doremon, boleh mintak pinjam die punya 'take-copter!'. Tak payah susah2 nak jalan kaki. Leceh. Terbang je, cepat smpai. Takde la awek aku membebel lagi. Mana tak nya, janji datang pukul 12, jalan jam punya pasal, pkul 2 baru sampai. 



Kalau aku ada roomate seorang seekor doremon, boley pinjam 'pintu suka hati' dia ! 

Takde la susah-susah nak chat guna 'ym' lagi. Kadang2 tu, gara-gara internet kat malaysia yg laju macam siput khinzir, aku jadi sampai bergadoh ngan awek aku. Bayangkan la, mesej yg aku taip susah payah, setengah jam pastu baru dapat kat dia. Hangin la aku. 



Tapi kan...kalau satu hari tu die mrajuk taknak bagi pinjam barang2 ajaib dia. Ha,cam ne? 

Ala,pujuk ar baik2 kan? Hehe. Kalau tak berjaya gak, susah-susah sangat, upah je dorayaki. 



Doremon ni bukan macam awek manusia, merajok nak lama2. Bagi je kuih dorayaki, satgi meleleh ar air liuq dia! hehe.

Kalau la ada Doremon, time-time exam je, aku nak pinjam die punya 'pensel ajaib'. 


Masa kecik-kecik dulu, dalam cerita doremon kat tv tu, konon-konon pensil ni boley jawab sumer soalan exam dgn cemerlangnya tak kire apa subjek pon. Sejak tu lagi aku da pasang nawaitu jahat da. Memang kalau ada Doremon, sah-sah aku nk tibai pensil ni kat poket die. 


Kalau ada Doremon, boleh aku suruh die kuar kan 'lampu picit ajaib' (betul ke nama dia? lupa da.). Lampu picit tu boleh bagi ang jadi besar or kecik ikut suka ati ang. 



Kalau la ada lampu ni, 1st skali aku nk try kat kucing aku dulu. Hakhak! Suluh die biar dia jadi besar rimau! boleh aku naik atas blakang die. 

Pastu kan, kalau ada doremon, aku nak suruh die kuar kan 'kain halimunan'. Ha, ni yg paling best! Aku pakai je kain ni, secara otomatik, orang da x nmpak aku. Boley la aku gi umah lisa surihani, skodeng die mandi.


Eh, tak boleh2! Dosa2. Tuhan marah. Nanti masuk api nurraka. lisa dah nikah.
tak ado dah ngintai2 nye..

Kalau ada Doremon, ada 'laci ajaib'! Konon-konon laci ni boleh bawak kite tengok masa depan. Waa! boley la aku tengok lagi doploh tahun aku keje apa, kawen ngan sapa sumer2. Gile best! 



Jom try skit.

"wahai laci ajaib, bawak aku ke hari rabu ni! Go go! "

Taraa!


Wah! Dengan sekelip mata je aku da smpai ke Stdium! MALAYSIA menang blasah Philippines 2-0 besok! yezza!
29th February 2012 | Philippines vs Malaysia | Friendly Match

"wahai laci ajaib, bawak aku ke tahun hadapan! Go-go!"


Tingg!



....

Eh,tak nak la ada Doremon. Tak best.

Credit to: Zack Jepon 



2 ulasan:

Hanif berkata...

Rupanya peminat fanatik Doremon...heheheh.
Nice entri!!

PUTRI LAGU berkata...

@Hanif
hahahaha.. mane ade..