✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Sabtu, 22 Oktober 2011

Budak Kecil Dilanggar Tidak Di Hiraukan



Pada 13 Oktober 2011, di Nanhai Foshan City, Cina, 
seorang budak perempuan yang sedang bermain-main di sebuah pasar tiba-tiba dilanggar oleh sebuah van yang lalu pada ketika itu. 
Pemandu van itu yang pada mulanya tidak sengaja terlanggar budak tersebut,
 telah menberhentikan vannya. 

Tetapi apabila menyedari yang dia telah melanggar seorang budak,
 untuk kali kedua dia melanggar budak itu dan pergi begitu sahaja.
 Apabila ditanya oleh polis kenapa dia berbuat demikian, 
dia berkata, pada ketika itu dia terfikir, kalau budak itu mati, 
dia cuma perlu membayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja, 
tapi kalau budak tu hidup, dia terpaksa menanggung akibatnya seumur hidup.

 Jadi dia terus melanggar dengan harapan budak tersebut akan mati.
 Itulah dasar undang-undang yang dijalankan di Cina, yang mana kalau kes langgar mati hukumannya adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan kes langgar hidup.
 Pelik betul.

Berbalik pada kejadian tadi, 
budak perempuan tu yang pada ketika itu masih bernyawa dan sedang menggeletar kesakitan dalam keadaan cedera parah, 
dilanggar pula untuk kali yang ketiga oleh sebuah kereta.

 Dan apa yang lebih menyedihkan, 
dia tidak dihiraukan langsung oleh mereka yang lalu-lalang pada ketika itu. 
Mereka hanya memandang dan berlalu tanpa memberikan apa-apa bantuan. 

Lebih kurang 20 orang yang lalu dalam tempoh tersebut.
 Hinggalah akhirnya lalu seorang wanita yang bertindak untuk menyelamatkan budak tersebut.
* Mana hilangnya rasa kemanusiaan?



Tiada ulasan: