Logo Design by PUTRI

✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Sabtu, 22 Oktober 2011

Girls' Generation musuhi Wonder Girls?

pix_gal0

2 kumpulan wanita berpengaruh Korea saling bersaing menjuarai hati peminat di Amerika Syarikat 

BIBIT persaingan antara Wonder Girls dan kumpulan yang sedang mencuba nasib 
untuk mencipta pengaruh di Amerika Syarikat (AS), Girls' Generation semakin ketara menjelang siri promosi album terbaru mereka yang dijadualkan bermula bulan depan. 
Sebelum ini, Wonder Girls dan Girls’ Generation atau juga dikenali dengan akronim, 
SNSD di luar Korea sering beralah daripada bersaing secara depan.

Persaingan antara dua kumpulan itu meraih perhatian media yang teruja mencongak grup mana bakal menyerlah turut dibumbui pelbagai kenyataan provokasi yang meresahkan peminat.
 Perselisihan tercetus apabila penerbit AS, 
Teddy Riley yang mengagumi bakat SNSD mengeluarkan kenyataan berbaur kecaman menyebabkan penggemar Wonder Girls tersinggung.
Riley yang terbabit dalam promosi album terbaru SNSD, 
The Boys di AS menerusi iTunes menulis pada laman Twitter ,
dia yakin potensi kumpulan itu untuk menyerlah lebih cerah berbanding Wonder Girls. 

“Usah terlalu bimbang kerana SNSD akan lebih diterima berbanding Wonder Girls,” 
komen Riley yang menyebabkan peminat segelintir peminat 
kumpulan yang popular dengan lagu Nobody itu berang. 

Riley membangkitkan lagi kemarahan peminat apabila memanjangkan satu komen yang menyatakan 
Wonder Girls gagal di AS dan tiada siapa mempedulikan kehadiran mereka. 
Tindakan Riley itu diselar peminat yang memohonnya supaya lebih matang dan profesional dalam memberikan kenyataan supaya tidak menjatuhkan orang lain. 

Desakan peminat memaksa Riley mengalah dan memohon maaf 
kepada Wonder Girls dan Park Jin-Young kerana 
mencetuskan kontroversi tanpa sengaja. 
“Saya silap dan memohon maaf tetapi ini adalah satu persaingan. 
Mari mulakan permainan ini,” 
kata Riley yang seterusnya menyekat peminat daripada mengikuti akaun peribadinya. 

Riley menambah, manusia sering menjatuhkan sesama sendiri 
apabila membabitkan perkara negatif tetapi melupakan orang itu apabila mereka memohon maaf dan mengakui kesilapan. 

“Mereka akan mencari alasan untuk menghukum dan mengkritik tetapi tidak memaafkan. 
Itu salah dan saya tidak mahu mempedulikannya lagi. 
Saya memohon maaf kepada Wonder Girls tetapi jangan ganggu saya lagi atau saya akan membuang anda daripada terus menulis ke akaun peribadi saya,”
 katanya memberi amaran kepada peminat. 

Riley juga menjelaskan, edaran album The Boys yang sepatutnya dipasarkan 5 Oktober lalu 
ditangguh kerana mereka mahu memastikan perjalanan produksi itu lancar 
dan SNSD bersedia memulakan cabaran besar di AS. 

“Ada rencana besar sedang menanti dan kami akan pastikan SNSD 
meraih kejayaan nanti,” katanya sambil berharap pengurusan SM Entertainment tidak terlalu gusar kerana mereka berusaha keras memastikan nama SNSD tetap gah di sana. 

“Lagu mereka sedang mendapat perhatian dan ia antara 
sebab mengapa kami menganjakkan tarikh edaran album itu.
 Kita mendapat tenaga produksi terbaik untuk album ini, begitu juga penyanyi undangan. 
Usah terlalu negatif kerana mereka akan berjaya. 
Serahkan saja kepada Tuhan,” katanya.

Tiada ulasan: