✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Selasa, 25 Oktober 2011

Rancangan Kartun Nabi Nuh Di RTM

rancangan kartun Rancangan Kartun Nabi Nuh Telah Disiarkan Di TV2. RTM Mohon Maaf!!

Kalau ada lihat keratan gambar rancangan kartun yang telah ditayangkan baru-baru ini
adakah anda dapat meneka gambaran cerita yang ingin disampaikan. 
Kartun ini dihasilkan oleh Walt Disney. 
Yang menjadi pertikaian sekarang ini ialah isi kandungannya dikaitkan dengan sebahagian sejarah Nabi Nuh sehinggaterdapat wataknya yang disamakan dengan Nabi Nuh :


KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja. Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.


RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2. Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.


Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.



Dah nama pun Walt Disney
 ikut suka mereka sahaja nak hasilkan rancangan kartun yang sbeegini rupa.
 Disebabkan mereka kafir, 
mereka ini jahil sehingga menyebabkan mereka tidak sedar yang membikin filem 
atau rancangan kartun yang menyamakan wajah Nabi termasuk jugalah 
Nabi Nuh seperti rancangan kartun yang telah ditayangkan di TV2 sebelum ini, 
sebenarnya tidak boleh dalam Islam.

Tapi yang jadi masalah & peliknya kita sendiri yang bawa rancangan sebegini 
dari luar ke Malaysia dilihat kurang peka. 
Apabila kita sendiri yang ambil rancangan kartun dari luar termasuklah dari Amerika, 
jadi pihak RTM “mesti lebih peka” & tidak mengambil mudah sahaja setiap rancangan yang ingin disiarkan. Kalau buat kartun sendiri (buatan tempatan, semestinya unsur-unsur sebegini tidak ada.

2 ulasan:

Hanif berkata...

siapa yang luluskan rancangan ni tanpa usul periksa

PUTERI LAGU berkata...

@Hanif

rtm yg llus kn.. tapi pihak rtm dh mintk maaf dh..