✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Isnin, 24 Oktober 2011

Manchester United a.k.a MU kene buli

ad0i MU kalah smlam.. ape culup t0ok..

MANTAP...Dzeko (kiri) meraikan gol pertamanya.
Dzeko (kiri) meraikan gol pertamanya.

Manchester United dimalukan musuh setempat, 
Manchester City apabila dibelasah 6-1 di laman sendiri sekali gus 
memberikan pengiktirafan kepada skuad kendalian Roberto Mancini itu 
sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Juara bertahan United yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila 
Jonathan Evans dibuang padang menyaksikan gawang mereka dibolosi lima kali pada babak kedua dengan Mario Balotteli dan Edin Dzeko masing-masing menyumbat dua gol.

Kemenangan besar itu membolehkan City yang digelar ‘jiran kecoh’ 
oleh penyokong United terus menerajui liga dengan mengumpul
 25 mata selepas sembilan perlawanan.

Pengurus City, Mancini membuat kejutan dalam senarai kesebelasan utamanya 
apabila menyenaraikan Balotteli yang mencuri tumpuan berikutan 
insiden kebakaran bilik airnya akibat bunga api kira-kira 24 jam sebelum perlawanan bermula untuk bergandingan dengan bintang Argentina, Sergio Aguero di bahagian serangan.

Namun pertaruhan itu tampak berhasil apabila, 
penyerang Itali itu meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-22 
selepas rembatan leretnya dalam kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol, David De Gea.

Ketinggalan 1-0, United yang buntu untuk mengancam kubu musuh
 ketatnya cuba mengatur serangan lebih kemas namun beberapa percubaan mereka mudah dipatahkan.

Wayne Rooney mempunyai peluang terbaik pada minit ke-36 
bagaimanapun rembatannya tepat ke arah dakapan penjaga gol City, Joe Hart.

Bersambung babak kedua, malang terus menimpa anak buah Alex Ferguson 
apabila kehilangan pemain pertahanan, 
Evans yang dilayangkan kad merah kerana menarik Balotelli yang sedang mara ke dalam kotak penalti.

Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya City untuk memulakan 
kenduri gol di Old Traf- ford menerusi gol kedua Balotteli pada minit ke-60 dan Aguero sembilan minit kemudian.

Skuad Red Devils cuba bangkit menerusi gol Darren Fletcher pada minit ke-81 namun penyerang gantian Dzeko kembali melebarkan jurang dengan menyumbat gol keempat City pada minit ke-89.

City terus berpesta apabila Silva yang melakukan serangan pantas 
berjaya merembat masuk gol kelima pada 
minit ke-91 sebelum Dzeko 
melengkapkan malam gemilang anak buah Mancini dengan menghasilkan gol keenam sementara United meratapi kekalahan pertama musim ini.

1 ulasan:

tarian jari berkata...

kite suka guling2 ble city menang!!!!hahahaa