✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Khamis, 20 Oktober 2011

“Mencari Keunikan Rozita Che Wan” – Ally Iskandar.

cantik nye rozita

Gandingan Rozita Che Wan dengan hos rancangan tv terkemuka, Ally Iskandar sempena Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) adalah satu kejutan yang berada di luar jangkaan ramai pihak.
 Gimik atau tidak, ia merupakan salah satu strategi pihak 
produksi ASK 2011 untuk menarik lebih ramai penonton di seluruh Malaysia bagi 
mengikuti perkembangan anugerah berprestij ini.

Ally Iskandar yang ditemui di Double Tree By Hilton sempena 
sidang media ASK 2011 sempat
 berkongsikan pandangannya 
mengenai Rozita Che Wan, atau panggilan manja, Cik Ta.

“Saya perlu mencari keunikan yang ada pada Rozita Che Wan.
 Setiap kali kemunculannya pasti mencetuskan sesuatu yang menarik perhatian orang ramai.
 Jadi, saya perlu menggunakan kelebihan yang ada pada Rozita. 
Walaupun saya berpengalaman dalam bidang hos, 
saya tidak boleh overshadowRozita Che Wan. 
Kami perlu bekerja sebagai satu pasukan supaya ia tidak kelihatan janggal di mata penonton nanti. 
Saya harap boleh mengurangkan kecanggungan itu,” jelas Ally Iskandar kepada OHBULAN!

Pada masa yang sama, Rozita Che Wan teruja apabila 
menerima tawaran untuk menjadi hos bagi ASK 2011 daripada pihak TV3.

“Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada pihak TV3. 
Saya tertanya-tanya, “Eh, biar betul?”.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus menerima tawaran ini kerana ia merupakan titik tolak kepada perkembangan karier juga. 
Insyallah, saya & Ally akan berlatih dan berusaha sebaik mungkin 
agar di majlis anugerah kelak, kami tidak kelihatan pelik.”

ASK 2011 bakal mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, 
filem dan penerbitan dalaman serta 2 anugerah khas iaitu Anugerah Yasmin AHmad dan 
Anugerah Artis Harapan Pantene. Kesemua 23 kategori yang 
dipertaruhkan meliputi 10 kategori drama bakal dipertandingkan manakala jumlah kategori filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman.

Pencalonan drama diambil berdasarkan jumlah penonton 
yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research 
mulai 1 Julai 2010 sehingga 30 Jun 2011.

ASK 2011 yang mengangkat konsep ‘Golden Glamour’ 
akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 
pada 4 November 2011 (Jumaat) jam 9:00 malam.



Tiada ulasan: