Logo Design by PUTRI

✿ Pilih Doodle Yang Anda Mahu ✿

Rabu, 4 Januari 2012

Perceraian pertama artis 2012


Nak lagi seksi?? DISINI
PASANGAN Russel Brand dan Katy Perry mengumumkan perceraian mereka hanya selepas 14 bulan melalui 'perkahwinan yang indah seperti sebuah dongeng'.

'Dukacita, saya dan Katy akan menamatkan perkahwinan kami,' kata Brand dalam satu kenyatannya kepada The Associated Press pada Jumaat lalu.

'Saya akan sentiasa menyanginya dan kami akan terus berkawan,' tambah Brand, seorang pelawak British.

Brand, 36 tahun, tidak menjelaskan punca perceraian itu.

Bagaimanapun, beliau mendaftarkan punca perpisahan itu di Mahkamah Tinggi Los Angeles sebagai 'tidak ada persefahaman'.

Beliau dan Perry, 27 tahun, seorang penyanyi pop, berkahwin pada Oktober 2010 di sebuah pusat peranginan di India yang menjadi tempat pemeliharaan harimau.

Mereka menjadi intim selepas sama-sama menjayakan Music TV Award pada 2009.

1 ulasan:

Shafiea berkata...

laaa..cepat sgt bercerai yew